Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, May 23, 2011

Note to Myself - Minuman untuk Anak & Efek Air Masak Pada Bayi Bawah 6 Bulan

Taken from Pa&Ma Mac 2011

Air memainkan peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Air berfungsi menyelaraskan suhu badan selain daripada membawa nutrien dan oksigen ke dalam sel. Air juga berperanan untuk melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu tubuh.

Ketahuilah bahawa tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8 hingga 12 gelas sehari. Manakala bagi kanak-kanak, jumlah air yang diperlukan mereka bergantung pada umur, berat, dan aktiviti yang dilakukan.

Sebelum bayi anda mula diperkenalkan kepada makanan pejal, mereka sebenarnya tidak perlukan minuman tambahan selain daripada susu. Susu ibu mengandungi lebih kurang 88 peratus air dan jumlah ini sudah cukup untuk menampung keperluan air dalam tubuh bayi walaupun ketika cuaca panas.

Ingat, jangan sesekali beri anak minum air selagi dia belum berusia 6 bulan. Susu ibu sudah mencukupi untuknya. Disarankan agar anda memberi bayi minum susu ibu sekurang-kurangnya sehingga dia berusia setahun. Walau pun begitu, kuantitinya perlu dihadkan iaitu sebanyak 2 hingga 4 auns sehari atau berdasarkan saranan pakar pediatrik anda.

Untuk pengetahuan, memberi anak di bawah usia 6 bulan minum air boleh mengganggu tubuh keupayaan tubuh mereka untuk menyerap nutrien yang terkandung dalam susu ibu ataupun susu formula.

Selain itu, pengambilan air juga boleh menyebabkan perut anak anda penuh sehingga selera makan mereka terganggu. Ada juga kes bayi mengalami keracunan air akibat minum terlalu banyak air. Hal ini adalah kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan. Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain.

Info 5 Minuman
Susu lembu
Susu lembu segar tidak sesuai untuk bayi yang berusia di bawah setahun. Hal ini kerana susu tersebut tidak mengandungi zat besi dan nutrien lain yang mencukupi untuk bayi. Selain itu, susu lembu juga mengandungi terlalu banyak garam dan protein. Walau pun begitu, anda masih boleh memasukkan susu lembu ke dalam masakan untuk bayi enam bulan ke atas anda.

Susu Formula
Sekiranya anda inginkan alternatif untuk menggantikan susu ibu, pilihlah susu formula yang dihasilkan daripada susu lembu melainkan pakar pediatrik mencadangkan susu daripada sumber yang lain. Anda disarankan agar memberi anak susu formula sehingga anak berusia sekurang-kurang setahun. Akan tetapi, sebaik sahaja bayi anda mencecah usia enam bulan, anda perlu menukar susu formula mengikut peringkat umurnya.

Susu Kambing
Bayi berusia kurang setahun tidak sesuai diberi minum susu kambing kerana tidak mengandungi nutrien seimbang yang diperlukan oleh bayi seperti tidak cukup kandungan zat besinya. Walau bagaimanapun, jika anda ingin memberi anak minum susu kambing, perlulah menunggu sehingga dia berusia setahun dan pastikan susu tersebut dipasteur.

Air Kosong
Apabila anak anda sudah makan sebanyak tiga kali sehari, dia perlukan lebih banyak air. Susu ibu atau susu formula sahaja tidak mencukupi. Air kosong adalah yang terbaik untuk anak anda. Oleh itu, berilah anak anda air kosong menggunakan cawan setiap kali waktu makan. Pastikan air yang diberi pada anak dimasak terlebih dahulu untuk menggelakkan sebarang masalah kesihatan.

Jus Buah-buahan
Jus oren dan jus buah-buahan lain sangat kaya dengan vitamin C. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati jika memberi anak minum jus buah-buahan kerana kandungan gula dan sifat asidnya boleh menyebabkan masalah pereputan gigi. Sebenarnya bayi anda tidak perlukan jus buah-buahan tetapi sekiranya anda masih ingin memberi dia minum minuman tersebut, perlulah dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus dicampurkan dengan 10 bahagian air kosong.

Minuman yang tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak :
* Minuman untuk menurunkan berat badan
* Minuman manis
* Minuman berkarbonat
* Susu berperisa
* Minuman herba
* Kopi
* Teh
* Minuman rendah kalori

6 comments: